Thursday 20 January 2011

KENCING MANIS DAN POTONG KAKI

Apakah maksud kencing manis?
Kencing manis terjadi apabila badan tidak mampu mengawal paras gula (glukosa) dalam darah. Kesannya, paras gula dalam darah menjadi tinggi dan menyebabkan banyak komplikasi terhadap tubuh badan.

Apa faktor-faktor yang menyebabkan badan tidak dapat mengawal gula dalam darah?
Terdapat beberapa faktor risiko yang menyebabkan badan gagal untuk mengawal paras gula dalam darah. Antaranya ialah obeisiti, gaya hidup yang tidak aktif, mengambil makanan yang mempunyai kandungan kalori, gula atau lemak yang tinggi, mengandung dan keturunan. Pengambilan makanan yang mempunyai paras gula yang tinggi dalam tempoh yang panjang juga, dikatakan boleh menjadi antara faktor penyebab kepada terjadinya penyakit kencing manis.

Apakah simtom atau tanda-tanda paras gula tinggi dalam darah?
Tanda-tanda penyakit kecing manis ialah kerap bangun di waktu malam untuk kencing, cepat dan selalu berasa haus, cepat lapar, cepat letih dan hilang berat badan.

Komplikasi kencing manis
Gula yang terlalu tinggi dalam darah akan menyebabkan banyak komplikasi yang melibatkan banyak organ dalam tubuh. Salur darah terdapat di mana-mana dan paras gula yang tinggi dalam darah akan menyebabkan kerosakan pada salur darah seterusnya menyebabkan kerosakan pada organ. Kencing manis yang tidak dikawal akan menyebabkan kerosakan pada organ-organ penting terutamanya mata (boleh menyebabkan buta), buah pinggang serta urat saraf. Kaki dan tangan akan menjadi kebas dan luka-luka pada tubuh badan sukar untuk pulih. Luka-luka yang tidak pulih ini akan merebak dan menyebabkan bahagian yang mati itu terpaksa dipotong. Kegagalan buah pinggang untuk berfungsi menyebabkan pesakit terpaksa menjalani dialisis untuk membersihkan racun dalam tubuh badan. Meskipun, ia membersihkan racun dalam badan, teknologi tersebut tentunya tidak dapat menapis sebagus buah pinggang ciptaan Allah swt. Selain itu, pesakit kencing manis mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung yang boleh menyebabkan jantung rosak atau kematian secara tiba-tiba.

Pemotongan kaki (amputation) selalunya menjadi pilihan terakhir dalam merawat pesakit. Pakar Bedah Salur Darah Hospital Puswari Sdn Bhd, Dr Mazri Yahya menjelaskan 15% pesakit Kencing Manis akan mendapat luka atau ulser di kaki mereka sepanjang rawatan mreka. Luka itu akan jadi lebih teruk jika tidak diberi rawatan awal. Lebih kurang 10% pesakit Kencing Manis tidak mempunyai pilihan untuk rawatan lain selain kaki dipotong. Selalunya kaki yang terjejas berwarna ungu (seakan lebam) dan sejuk bila disentuh. 

Pesakit kencing manis harus menjaga kaki mereka dengan baik kerana mereka mungkin tidak merasai sebarang luka atau ulser disebabkan oleh kekurangan deria di kawasan itu. Pesakit kencing manis harus membersihkan kaki mereka setiap hari dan mengeringkan kaki dengan sempurna, khususnya kawasan di antara jari kaki. Bagi kekeringan kulit, pesakit kencing manis haruslah membubuhkan sedikit krim pelembap. Kuku jari kaki harus dipotong lurus untuk mengelakkan kecederaan kepada kulit. Kasut haruslah selesa dan tidak terlalu ketat. Pesakit kencing manis haruslah memastikan bahagian dalam kasut bebas daripada sebarang gerigit atau objek kecil sebelum memakai kasut. Kaki haruslah diperiksa setiap hari bagi luka, calar atau ulser. Jangan membubuh sebarang agen kimia pada kaki seperti plaster ketuat atau pembuang kalus (kulit tebal pada kaki) kerana bahan-bahan ini mengandungi asid yang boleh menyebabkan iritasi kulit yang seterusnya boleh menyebabkan ulser.
 
Pencegahan
Perlu diingat, bahawa kencing manis adalah penyakit yang tidak boleh dipulihkan (irreversible). Ia hanya boleh dikawal agar tidak menjadi teruk. Oleh itu, pencegahan adalah amat penting. Kandungan gula yang diambil dalam pemakanan seharian perlu dikawal. Cuba kurangkan tabiat memakan makanan manis serta amalkan gaya hidup yang sihat.

Tuesday 11 January 2011

Orang Yang Ikhlas Selalu Tertindas?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini, kata seorang kakak berterus-terang.
Mengapa? balas saya.
Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, kakak punya berapa orang anak?
Sengaja saya bertanya soal-soal di luar kotak agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
Oh ramai encik
Bagaimana dengan anak-anak kakak?

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
Kakak, boleh saya bertanya?
Tanyalah encik ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang menjadi dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?

Dengan cepat kakak itu menjawab, hati ibu encik tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran kata saya perlahan. Hampir berbisik.
Maksud encik?
Tuhan telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Tuhan berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.
Tidak pernah saya terfikir begitu encik

Tuhan Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.
Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?
Maksud kakak?

Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Tuhan berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Tuhan bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?
Itulah yang saya katakan tadi, takdir Tuhan kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?

Kakak itu tersenyum dan berkata, tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.
Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?
Pasti ada! Insya-Allah.
Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Tuhanlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita Tetapi Tuhan menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.

Subhanallah!
Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.
Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan? tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Tuhan Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!
Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.
Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Tuhan Maha kaya, Tuhan mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.

Maksud encik?
Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.
Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!

Giliran saya pula tersenyum.
Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura! terang saya panjang lebar.

Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?
Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Tuhan Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our ceo, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Tuhan tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan
Maksud encik?

Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.
Kenapa?
Kita akan sakit jiwa!
Kenapa?
Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Tuhan yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur, balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Kitab.

Tetapi Tuhan tidak berhenti memberi  kata kakak itu perlahan.
Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka, tetapi Tuhan terus memberi Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?
Ah, kita terlalu ego

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa diperingatkan semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan orang ikhlas tertindas?
Wassalam....

Sunday 9 January 2011

Lembutkan Hati Yang Keras

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.
Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakaian nya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja  yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"
Dia terkejut dan wajahnya berubah.
"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya
"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"
" Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......."
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

Kenali Penapis Air Berkualiti Tinggi

Teknologi NANO dalam Sistem Penapisan Air

Bio Aura Hi-Tech Water System mengaplikasikan teknologi sistem penapisan yang canggih dan terkini. Ia terdiri daripada 6 penapis dan dapat mengatasi masalah pencemaran air minuman. Ia
  • Tiada toksin, tidak berbahaya, dan tidak berbau asing;
  • Unsur-unsur mineral yang seimbang;
  • Nilai pH cenderung kepada alkali;
  • Molekul-molekul yang kecil.








Apakah kelebihan air Bio Aura?

  • Mengaktifkan sel-sel, memperkuatkan sistem imunisasi;
  • Daya resapan yang kuat, meningkatkan fungsi metabolisme;
  • Kandungan oksigen yang lebih tinggi, berfungsi antibakteria;
  • Daya larut yang kuat, membantu memperbaiki masalah sakit jantung, otak dan saluran darah.

Apakah itu air bertenaga dan bagaimana ia mempengaruhi kesihatan kita?
Air bertenaga bermaksud air yang molekul-molekulnya besar dan berselerak telah dipecahkan kepada dan berperanan sebagai medium nutrien. Ia membantu dalam:
  • Penghadaman;
  • Menyingkirkan bahan buangan;
  • Melicinkan sendi-sendi;
  • Mengimbangkan suhu badan;
  • Mengekalkan fungsi-fungsi sel;
  • Mengekalkan metabolisme tisu seperti limfa, darah dan sebagainya.

Adakah air Bio Aura sesuai diminum oleh bayi atau kanak-kanak?
Sudah tentu! Orang tua dan wanita mengandung juga sesuai meminumnya. Air Bio Aura sesuai diminum oleh seisi keluarga anda.



Perlukah Bio Aura kerap diselenggarakan?Hanya perlu menukar penapis megikut jadual penggantian yang disarankan, Bagi penapis seramik (penapis A), anda perlu mencucinya setiap 3 atau 4 minggu, bergantung kepada kualiti air tempat yang anda duduki.

Testimoni

Pesakit buah pinggang
Pesakit Gout 1
Pesakit Gout 2
Pesakit Darah Tinggi & Resdong
Pesakit Segugut
Pesakit Kulit
Pesakit Kulit Bersisik
Pesakit Ketumbuhan Tulang yang Tidak Normal
Pesakit Luka Kaki
Pesakit Ketumbuhan Jerawat Pada Saraf Tunjang


Maklumat terperinci produk: http://en.hai-o.com.my/bio-aura/teknologi.asp
Harga: RM2080.00
Terma: COD atau ansuran bulanan serendah RM100.00 (boleh runding)
Sila Call/SMS: 012-4590928 (Zuraidi)

Saturday 8 January 2011

Kesihatan sepanjang hayat

Adakah anda mementingkan kesihatan? Jika betul sudah pasti anda perlu menggunakan penapis air yg berkualiti tinggi lagi halal. Anda boleh mendapatkannya dgn harga yg murah mengikut kemampuan anda. Sila sms dgn menaip "(nama anda) inginkan penapis air yg berkualiti tinggi lagi halal" dan hantar ke 012-4590928.

Thursday 6 January 2011

5 Tips Motivasi Saudara Irfan Khairi

Sekiranya kita telah berusaha, tetapi matlamat kita tak tercapai juga, hanya 2 perkara penyebabnya- sama ada matlamat kita terlalu besar, atau jangka masa kita berikan terlalu singkat. Oleh itu, kecilkan sedikit matlamat atau panjangkan sedikit jangkamasa untuk pulihkan masalah ini tahun hadapan!
ada berbagai2 kategori matlamat iaitu keluarga, peribadi, fizikal, kesihatan, mental, intelek, pendidikan, pembangunan diri, karier, kewangan, material dan spiritual. Anda perlu ada matlamat untuk setiap kategori. silapnya, ramai orang hanya mempunyai matlamat dlm 1 kategori sahaja- iaitu kewangan! Tahun 2011, pastikan anda punyai matlamat dlm setiap kategori di atas;)
SEMUA orang mempunyai perasaan 'takut' kepada kegagalan. mereka yang berjaya juga punyai perasaan 'takut gagal'- saya pun ada ;). apa yang membezakan adalah, mereka yang berjaya walaupun punyai perasaan 'takut gagal', tetapi tetap lakukan juga
fikir kan waktu2 yang pernah kita "in the zone", mungkin satu ketika dulu kita berjaya dalam sesuatu, atau capai sesuatu yang membanggakan, atau capai salah satu matlamat besar kita. gunakan waktu tersebut sebagai satu trigger/picu untuk capai kejayaan yang baru akan datang. always letakkan fikiran kita "in the zone"!
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. nak berdaya, memang susah. tetapi, untuk  berDALIH,   memang MUDAH. orang yang berjaya akan melakukan perkara-perkara yang susah.  orang yang tak berjaya akan pilih yang mudah. so, kita pilih yang susah ok?

Bayar Interest Kereta Dengan ASB?

Ketahuilah cara bayar interest kereta dengan ASB.
Kita ambil contoh kereta Viva Elite 1.0
- Harga pasaran: RM 34,000
- Jumlah bayaran ansuran selama 9 tahun: RM 50,000
- Jumlah interest: RM 16,000
Katakanlah anda join bisnes ini dan menjana pendapatan
terkumpul RM 200,000.


Anda ada 2 pilihan. Bayar terus hutang kereta ataupun
melabur dalam ASB dulu.
Pelaburan maksimum dalam ASB untuk setiap individu
adalah RM 200,000.
Katakanlah anda melabur dalam ASB, maka anda
akan dapat dividen 8% setahun bersamaan dengan
RM 16,000.


Dengan kerja makan gaji, belum tentu dapat bonus
sebegitu setiap tahun.
Perlu diingat setiap tahun dapat RM 16,000!!!


Dengan itu anda boleh bayar interest kereta dengan
dividen daripada ASB.
Itulah maksudnya, bayar interest dengan dividen.


Anda boleh buat perkara yang sama untuk bayar
interest rumah, interest pinjaman PTPTN, interest
kad kredit, interest Personal Loan dll.


Daftarlah sekarang untuk menutup segala hutang-piutang
yang membebankan hidupmu...


 daftarlah.
[+] Pastikan Nama Penaja: Zuraidi hj Osman

[+] Pastikan Referral Username: wizurai73

[+] Sila klik link di bawah ini untuk daftar:

http://www.hyprobulksms.net/join.php?id=wizurai73



Yang benar,

Zuraidi Hj Osman
0124590928
http://wizurai73.rahsiahypro.com/
KERJA SEKALI PENDAPATAN BERKALI - KALI


Jadi ianya akan memudahkan anda mempromosikan
HyproBulk SMS...seriouss


Mesti  anda pernah dengar istilah ini kan:
"Money is in the list (emel)" : )


“It takes only one person to change your life. You”

Wednesday 5 January 2011

Sifat Pemuda Syurga

Dikhabarkan, hari-hari selepas kesyahidan cucu Nabi (saw)
di bumi Iraq, 100 orang faqir miskin di Madinah telah
terputus bekalan makanan...

Akhirnya mereka tersedar, orang yang mereka musuhi
pada siang hari adalah orang yang memberi mereka
makan pada malam hari.

Itulah sifat Pemuda Syurga yang harus kita contohi.

Beliau menggunakan harta kekayaan beliau untuk membantu
faqir miskin secara rahsia tanpa meninggi diri.

Kata Nabi (saw), “Kemiskinan menghampiri kekufuran.”

Kata puteri Nabi (saw), “Haji adalah pembasmi kemiskinan.”

Kata menantu Nabi (saw), “Jika kemiskinan itu makhluk
nescaya aku membunuhnya!”

Sebenarnya, sudah pun cukup dalil untuk kita berusaha
menjadi kaya dengan jalan yang halal.

Perlukah kita hidup berhutang, meminta-minta dan
mengharapkan simpati?

Kita seharusnya pilih untuk jadi kaya tapi memperlihatkan
hidup seperti orang miskin dan itu dinamakan zuhud.

Itulah yang terbaik.

Pilihan di tangan anda. Daftarlah sekarang untuk jadi
OKB @ Orang Kaya Bertaqwa...

Daftarlah...

[+] Pastikan Nama Penaja: Zuraidi hj Osman

[+] Pastikan Referral Username: wizurai73

[+] Sila klik link di bawah ini untuk daftar:

http://www.hyprobulksms.net/join.php?id=wizurai73



Yang benar,

Zuraidi Hj Osman
0124590928
http://wizurai73.rahsiahypro.com/

:: Jika kita rajin usaha, insyaallah rezeki akan selalu bersama kita ::

:: Jangan mudah putus asa dalam melakukan sesuatu perkara ::

:: Berjuang selagi anda mampu berjuang ::
“It takes only one person to change your life. You”

Search This Blog