Saturday 12 November 2016

RAWATAN ANGIN AHMAR (STROK) - CALIT2 DAH BOLEH JALAN

Angin  ahmar atau lebih dikenali sebagai ’strok’ merupakan  penyakit pembunuh nombor tiga di dunia  selepas  kanser dan  jantung.  Setiap orang sama ada yang sudah berumur atau yang masih  muda  berisiko  mendapat  penyakit  ini terutama bagi mereka yang gemar mengambil makanan berlemak dan narkotik.
Dalam  ilmu  perubatan moden ,  angin  ahmar  dikatakan  terjadi apabila  pembunuh darah di dalam otak dihalang atau disumbat sama ada separuh atau sepenuhnya oleh darah beku yang terbentuk  pada  mendapan  lemak di dalam dinding pembuluh darah yang mengehadkan dan seterusnya  memutuskan  peredaran  darah ke bahagian otak. Terputusnya pengaliran darah ke bahagian otak mengakibatkan kehilangan fungsi bahagian tubuh yang diatur oleh bahagian otak  yang terkena  angin ahmar.  Biasanya pesakit  angin  ahmar sukar dipulihkan. Sekalipun terdapat  rawatan   sokongan  dan  ubat  tertentu ,  namun  ia  hanyalah  untuk  mengelakkan kerosakan otak yang lebih meluas dan teruk.
         Terdapat dua jenis strok yang utama, dan setiap satunya mempunyai sebab yang                   berbeza. Jenis yang pertama, strok iskemia, terjadi apabila gumpalan darah                             menghalang arteri yang pergi ke otak dan mengganggu bekalan darah. Kerap kali,                 strok iskemia terjadi akibat dari timbunan kolesterol dan sisa lain di dalam arteri                   (atherosclerosis) selama bertahun-tahun.
         Strok iskemia mungkin disebabkan oleh: 

           Gumpalan darah: Gumpalan darah tersekat di arteri dan                                  menghalang perjalanan darah.
  1.   Trombosis serebrum, di mana darah beku (trombus) terbentuk di arteri utama    yang menghala ke otak, menghentikan bekalan darah.
  2.   Embolisme serebrum, di mana gumpalan darah terbentuk di saluran darah di      bahagian tubuh yang lain, contohnya di leher ataupun jantung, dan dibawa oleh        aliran darah ke otak.
  3.   Strok lakunar, di mana sekatan berada di saluran-saluran darah kecil jauh di          dalam otak.
              Jenis strok utama yang kedua adalah strok berdarah, di mana saluran darah di                         dalam atau di sekeliling otak pecah, menyebabkan pendarahan. Penyakit darah                     tinggi yang lama dan tidak dirawat menyebabkan tekanan pada dinding arteri,                       menambahkan risiko ia pecah atau berdarah.
           Strok berdarah mungkin disebabkan oleh:

          Strok berdarah: Apabila arteri pecah, darah dipaksa masuk ke dalam           tisu otak, merosakkan sel-sel sehingga bahagian otak itu tidak dapat             berfungsi.
  1. Pendarahan intraserebrum, apabila saluran darah pecah di dalam otak itu sendiri. 
  2. Pendarahan subaraknoid, iaitu apabila saluran darah di permukaan otak berdarah dan darah mengalir ke bahagian di antara otak dan tempurung kepala, yang dikenali sebagai ruang subaraknoid.
ALLAH S.W.T.  yang  mencipta  sesuatu  penyakit dan Dia jugalah yang menyembuhkanNya. Sabda  Nabi   Muhammad  S.A.W.   yang   diriwayatkan  oleh   Al-Nasa’i  dan  Al-Hakim  yang bermaksud: 
 Sesungguhnya  ALLAH  tidak  menurunkan  sesuatu  penyakit  kecuali Dia juga telah menurunkan ubatnya , maka berubatlah kamu "




Saksikan klip video pesakit stroke selama 14 tahun pulih selepas menggunakan produk Firmax3.

Dapatkan sekarang produk ini dengan menghubungi:
ZURAIDI BIN OSMAN
010-8010589
(SMS/WHATSAPP/TELEGRAM)


No comments:

Search This Blog