Untuk renungan bersama ......kisah ni aku copy
paste jer, takde ubah walau sepatah pun…”saya” dalam ni merujuk kepada
orang yang menghantar cerita ni untuk dikongsikan.
Selama
hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya
menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai
pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak
peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan
sampai bila-bila.
Ianya
berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian
itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu
rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di
Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah
sekejap untuk menghabiskan cuti semester.
Saya
menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah
Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah,
cuma saya seorang saja tinggaldengan nenek saya di Perak. Walaupun masih
muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan
jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam
keluarga..
Berbalik
kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di
Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak
riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
Sebaik
sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke
Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai
di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan.
Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita
terbabit..
Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik
sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang
tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus
jemaahitu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Kakak ni
sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya
tenang serta merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak panik
dengan apa yang sedang berlaku.
"Badan dia panas
dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita
bawa dia kehospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat
wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak
jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat
penginapan masing-masing.
Sampai
di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri.
Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun
semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,wa nita itu masih lagi koma.
Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya
terpaksa meninggalkan wa nita tersebut terlantar di hospital berkenaan.
Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital
Madinah untuk mengetahui perkembangan wa nita tersebut.
Bagaimanapun,
saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita
itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu
adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.
Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wa nita itu
dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatanlanjut
sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya
berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak
berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami
bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji,
sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital
King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut
masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat
keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas
dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut
matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi
sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya
dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut
sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba
menangis??
Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan...
kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi
benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."
"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?"
tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak
tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara,
menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang
bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan,
kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi
kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat
satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua
amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan
botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
"Habis yang kakak pergi haji ini?"
"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."
"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.
Dengan
suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha
Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan
seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak
buat selama ini.
"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.
"Betul
Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang
balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan
syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak
pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarikdengan bara
api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya.
Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."
"Bukan
itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang
dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh
ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan
main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke
dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari
kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya
terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan
otak kakak terasaseperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang
amat sangat...tak boleh nak diceritakan. "sambil bercerita, w nita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.
Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak
ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala
macam dosa besar. Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan
Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan
buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan
duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak
betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya
menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut
kakak.
Sedangkan jari yang tercucuk jarum
pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan
perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula
makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam
mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.
Panasnya
cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama
dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman,
tapi...kakak dihidangkan puladengan minuman yang dibuat dari nanah.
Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat
dahaga.Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah
kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Saya
terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun.. Terasa sungguh
kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah
supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk
hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata
kakakakan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.
Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh.
Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala
kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan
sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "
Saya
termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung
dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada
balasannya. Kalau baik am alan kita maka baiklah balasan yang akan kita
terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhiratkelak.
Alhamdulillah, wa nita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..
"Ini
bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu
sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan
kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil
menangis-nangis.
Sejak
itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke
Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak
henti-henti. Contohnya, kalau wa nita itu pergi ke masjid pada waktu
maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang
subuh.
"Kakak...yang kakak sembahyang
teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas
sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur
saya.
"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah
kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wa nita itu,
sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan
semulasembahyang yang ditinggalkannya dahulu.
Selain
itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya
kasihan melihatkan keadaan wa nita itu, takut kerana ibadah dan tekanan
perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya
menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan
kesihatannya.
"Tak boleh Mazlan.. Kakak
takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan
tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam
kakak.Kakak betul- betul bertaubat."
Wa nita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan,
kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah
pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai
seksaan itu, kakak tak mau
wanita
lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang
yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja
diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia
diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai
rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."
"Tapi
Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang
tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat.
Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari,
kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."
"Kakak
berazam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz
supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak
nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada
nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudahbawa dia masuk
Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi
seperti orang bukan Islam."
Sejak
balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wa
nita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang
benar-benar solehah. Adakah diaberbohong kepada saya tentang ceritanya
diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia
berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?
Satu
lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang
digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia
bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat
membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan
pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah
meninggal dunia, bila kita sudahdiazab barulah kita mahu percaya bahawa
"Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... .
" itu dah terlambat.
REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN
WAKTU
KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM
SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT"
Wassalam.
No comments:
Post a Comment