Angin ahmar atau lebih dikenali sebagai ’strok’ merupakan penyakit pembunuh nombor tiga di dunia selepas kanser dan jantung. Setiap orang sama ada yang sudah berumur atau yang masih muda berisiko mendapat penyakit ini terutama bagi mereka yang gemar mengambil makanan berlemak dan narkotik.
Dalam ilmu perubatan moden , angin ahmar dikatakan terjadi apabila pembunuh darah di dalam otak dihalang atau disumbat sama ada separuh atau sepenuhnya oleh darah beku yang terbentuk pada mendapan lemak di dalam dinding pembuluh darah yang mengehadkan dan seterusnya memutuskan peredaran darah ke bahagian otak. Terputusnya pengaliran darah ke bahagian otak mengakibatkan kehilangan fungsi bahagian tubuh yang diatur oleh bahagian otak yang terkena angin ahmar. Biasanya pesakit angin ahmar sukar dipulihkan. Sekalipun terdapat rawatan sokongan dan ubat tertentu , namun ia hanyalah untuk mengelakkan kerosakan otak yang lebih meluas dan teruk.
Terdapat dua jenis strok yang utama, dan setiap satunya mempunyai sebab yang berbeza. Jenis yang pertama, strok iskemia, terjadi apabila gumpalan darah menghalang arteri yang pergi ke otak dan mengganggu bekalan darah. Kerap kali, strok iskemia terjadi akibat dari timbunan kolesterol dan sisa lain di dalam arteri (atherosclerosis) selama bertahun-tahun.
Strok iskemia mungkin disebabkan oleh:
Gumpalan darah: Gumpalan darah tersekat di arteri dan menghalang perjalanan darah.
- Trombosis serebrum, di mana darah beku (trombus) terbentuk di arteri utama yang menghala ke otak, menghentikan bekalan darah.
- Embolisme serebrum, di mana gumpalan darah terbentuk di saluran darah di bahagian tubuh yang lain, contohnya di leher ataupun jantung, dan dibawa oleh aliran darah ke otak.
- Strok lakunar, di mana sekatan berada di saluran-saluran darah kecil jauh di dalam otak.
Jenis strok utama yang kedua adalah strok berdarah, di mana saluran darah di dalam atau di sekeliling otak pecah, menyebabkan pendarahan. Penyakit darah tinggi yang lama dan tidak dirawat menyebabkan tekanan pada dinding arteri, menambahkan risiko ia pecah atau berdarah.
Strok berdarah mungkin disebabkan oleh:
Strok berdarah: Apabila arteri pecah, darah dipaksa masuk ke dalam tisu otak, merosakkan sel-sel sehingga bahagian otak itu tidak dapat berfungsi.
- Pendarahan intraserebrum, apabila saluran darah pecah di dalam otak itu sendiri.
- Pendarahan subaraknoid, iaitu apabila saluran darah di permukaan otak berdarah dan darah mengalir ke bahagian di antara otak dan tempurung kepala, yang dikenali sebagai ruang subaraknoid.
ALLAH S.W.T. yang mencipta sesuatu penyakit dan Dia jugalah yang menyembuhkanNya. Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang diriwayatkan oleh Al-Nasa’i dan Al-Hakim yang bermaksud:
” Sesungguhnya ALLAH tidak menurunkan sesuatu penyakit kecuali Dia juga telah menurunkan ubatnya , maka berubatlah kamu "
Saksikan klip video pesakit stroke selama 14 tahun pulih selepas menggunakan produk Firmax3.
Dapatkan sekarang produk ini dengan menghubungi:
ZURAIDI BIN OSMAN
010-8010589
(SMS/WHATSAPP/TELEGRAM)
No comments:
Post a Comment