Thursday 25 February 2010

asap rokok bahaya kepada semua

Salam hormat semua,

Adakah anda perokok? Jika Ya, dimanakah anda selalu menghisap rokok? Tahukah anda bila anda menghisap rokok, ia bukan sahaja merosakkan diri anda malah masyarakat sekeliling dimana anda merokok juga akan merana akibat asap rokok anda. Tidakkah anda perihatin bila ada orang tua, ibu yang mengandung, kanak-kanak dan bayi dipangkuan terbatuk disebabkan asap dari rokok anda. Ingatlah merokok bukan sahaja membinasakan diri anda, ia juga akan menganggu kesihatan orang lain juga.
Jika dijalan raya ada iklan "ingatlah orang tersayang", mengapa tidak sebelum anda merokok anda ingatlah orang yang tersayang. Jangan hargai pengorbanan mereka dengan hadiah asap rokok. Ia boleh menjejaskan kesihatan orang yang tersayang.
Belajarlah cara untuk berhenti merokok dengan cara yang betul. Ingatlah! orang disekeliling anda akan lebih menyayangi anda bila mereka tahu anda sudah BERHENTI MEROKOK.

No comments:

Search This Blog