Friday 21 May 2010

Pentingnya Pendidikan Seks kepada Remaja!!!!

Sejak akhir akhir ini sering terpampang di dada akhbar masalah remaja dengan kes buang bayi. Sekiranya masalah ini tidak dibendung dari sekarang, apa akan jadi pada nasib kanak-kanak sekolah yang akan menempuh alam remaja suatu hari nanti. Ada cadangan untuk membenarkan pendidikan seks diajar disekolah. Banyak pro dan kontra terhadap cadangan tersebut dan akhirnya ia mungkin akan diserap dlm beberapa matapelajaran disekolah.

Sebenarnya dalam pendidikan seks ini penekanan kepada kesihatan diri dan maruah diri amat penting. Remaja perlu didedahkan kepada beberapa penyakit seperti Penyakit Radang Pelvis (Pelvic Inflammatory Disease), Syphilis, Gonorrhea, Chlamydia, Herpes Simplex Virus, Genital Warts, Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS) dan Hepatitis B. Semua penyakit ini adalah disebarkan melalui hubungan seks.

Melalui pendidikan seks juga, remaja sebenarnya perlu mengenal diri sendiri dan menyayanginya lebih dari orang lain seperti boyfriend/girlfriend yang baru dikenali. Pemikiran yang celaru dikalangan remaja dapat difokuskan kepada diri sendiri apabila melihat sendiri bagaimana rupa penyakit yang dinyatakan serta kesengsaraan yang ditanggung.

Walauapapun cara untuk membantu remaja bebas dari masalah sosial, ianya sebenarnya terletak pada diri remaja itu sendiri. Remaja perlu tanya pada diri sendiri adakah dia sayang dirinya lebih dari pasangannya (utk yg belum kahwin) atau sebaliknya. Tanya diri anda sendiri Mana lebih penting Maruah diri atau serah diri pada pasangan anda?

No comments:

Search This Blog